Wednesday, March 9, 2011
Tuesday, March 8, 2011
Hikayat Merong Mahawangsa (Official Bahasa Malaysia Trailer)
I Think I should watch this movie.....cuma kena cari teman la....agak-agak my darling nak ikut tak....mmmmmmmm can't wait.....
Monday, March 7, 2011
Solat Di Awal Waktu......
Waktu Subuh> Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
Waktu Zohor> Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?
Waktu Asar> Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.
Waktu Magrib> Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
Waktu Isyak> Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Qiamullail> Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail. Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.
Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya. Subhanallah..hebatnya Islam. Wallahualam
Tuesday, March 1, 2011
I'm not a superwoman

Assalamualikum.....
Hari ni agak busy dengan kerja-kerja kat opis ni...sampai tersenguk-senguk baca procedure....In progress editing procedure.....sampai nampak semua huruf menari-nari.....tak ke haru tu.....
Actually dah lama nak tulis entry ni...since Iris rajin sungguh dok menjelajah blog-blog...baca cerita-cerita.....sonok gak....
Bukan apa-apa pun....just nak share...Who I'm I actually....tak de makna nak compare-compare...bukan buleh Kayo pun...tak gitu....he he he he
Bila baca cerita geng blogger....sometimes hati berdetik.....syoookkknya...but bila Iris pikir semula.....yup Syukur ...kerana Allah kurniakan kepadanya....But Iris pun cukup bersyukur...sebab...dengan kudrat Allah kurniakan...Iris mampu lakukan segalanya.......tanpa bantuan .....may be ada about 10% kot....the rest...on my own...... let me list Down....my daily task....
Around 6.15 pagi...Alhamdulillah bermula hari baru...bangun tido terus prepare Breakfast untuk anak-anak nak gi sekolah....sambil itu mulut bising kejutkan Irfan dan Inas suh pi mandi semer. Anak-anak iris wajib makan pagi...kadang siapkan bekal sekali.......ikut kehendak diorang la. Then buat susu Izza...tukar apa yang patut.....baru le Iris mandi dan siapkan diri.....
Pkul 7...angkut semer beg...Papa dukung Izza.....then bermula la perjalanan hari itu...hantar Irfan dan Inas ke sekolah. Biasanya pkul 7.25 dah sampai sekolah....just drop dekat pintu pagar jer..... Then bawa Izza beli kuih.... ni memang wajib....dapat 3 ketul cukup le, anak dara sorang ni...mesti nak gak beli kuih...layaannn je ler. Then hantar beg ke Nursery Irfan...baru Hantar Izza ke Nursery ..... So habis le episod dengan anak-anak.......bermula pula kerja di Pejabat...
Kalau kena hari elok.....aman damai je le kat opis ni....tp kalau kena hari sibuk...tak cukup jari nak wat kerja.....Tapi for me...sama je...sebab Kerja kena sistematik.....buat yang Utama dulu...insyallah yang lain akan siap ikut jadual..... Kadang tu ada gak le Iklan kat tengah tu...cam " Hello, Mama hari ni sukan...Irfan tak bawa baju sukan".....adoiiii....Mama pun terus le pecut balik rumah ambik baju sukan.....sabor je la anak teruna sorang ni....pkul 5 gitu pi lak ambik dia hantar ke sekolah........Bunyi cam penat kan???? he he he he I dah imun youuuuu
Then 5.30....habis le episod di Pejabat...mula la plak acara kejar mengejar ...ha ha ha ha. Mula-mula ambil Izza...then Ambik Inas....then ambil Irfan di sekolah.......balik je rumah....Acara masak-memasak bermula.......sambil mulut pot pet pot pet layan anak dara yang suka menolong di dapur...... Dah masak...for sure le makan-makan le lak. Mana Papa ek??????? Oooooooo ada....Darling ada..dia datang bila di panggil...."Sayang, makan"..tu pun 3x baru kuar bilik...mengalahkan anak dara le lak yer....keh keh keh...Darling ku rajin study....tak ingat dunia....
Dah makan semer....cuci dapur...kemas semer...then kalo sempat....Cuci Micasa Kucing-Kucing dulu...kasi makan semer.....kalo idak....dia dok cakar sliding door...... Then baru le Iris mandi, solat. Lepas solat...Jadi Cikgu/Ustazah lak....ajar anak-anak..tengok kerja sekolah.....sambil-sambil prepare beg untuk esok pagi. Sambil tu juga....kuarkan baju kotor.....masukkan dalam washing machine (bunyi cam banyak tangan le lak yer....he he hee)...tapi itu le kenyataan....memang iris boleh buat banyak bende dalam 1 masa.......kalo idak guane le hamba nak uruskan rumah dengan 3 orang anak........
Biasa lepas Isyak..sambung ngajor budak-budak...tak pun sama-sama baca buku...... then pkul 10( anak-anak dah tido...tinggal Izza je)...baru le waktu untuk Iris bersantai.....Tengok TV ler.......sambil tengok TV...biasanya...sambil lipat baju yang mengunung tinggi..........Biasa kalo sudah lipat..terus simpan dalam almari....kalo tak...mau minggu depan le plak ...he he eh he.
Actually....dalam waktu yang wajib buat tu...Iris sempat gak menjahit baju anak-anak...tak pun buat kek.....ala kejap je buat kek...godek-godek...letak dalam oven...tunggu je masak...sambil tengok TV.....hi hi hi hi hi
Pkul 12 waktu wajib tido....zzzzzzzzzzzzzz....kadang tu zzzzzzz depan Tv jer....
Itu Cerita iris...how's my life go On every day......I'm not a superwomen....tapi Iris gak tak de pembantu....Papa memang busy study...so I need to do everything on my own....so kepada sesiapa yang selalu merungut tu...rasanya...Hidup ini tak mencabar kalau kita tak tempuhi dengan tanggungjawab ini......Iris bersyukur dengan kekuataan yang Allah kurniakan....Dan Iris enjoy every moment.....Cukup 1 ayat dari my Darling " Sayang ni...rajin la"....kembang semangkuk rasanya.....ha ha ha ha...
But...Iris hanya wanita biasa....dan seorang Ibu dan Isteri...hanya menjalankan tanggungjawab .....Insyallah.