Tuesday, January 31, 2012
Mengulit kesejukan...di hari Hujan...
Sedari sebelum subuh......titisan hujan tidak lelah menerjah bumi.....
Kesejukan dah sampai ke sumsum tulang rasanya....apatah lagi dengan aircond yang tak henti...
Bosan...membelek muka-muka blog yang entah apa cerita....
Tetiba seronok pula mendengar lagu rancak ini.......
Buat ulitan dalam kesejukan......
Friday, January 27, 2012
Surah Al Waqi'ah dan Rahsia di sebaliknya
Untuk Santapan Jiwa di Jumaat yang penuh Berkat.......
Mahmud Ibn Labid r.a. pernah berkata, bahawa beliau mendengar Rasulullah bersabda, “Dua perkara yang tidak disenangi oleh anak Adam. Mati, padahal mati itu adalah lebih baik dari dugaan (kesesatan). Harta yang sedikit, padahal harta yang sedikit meringankan hisab".
Namun sekiranya anda ingin juga menjadi seorang jutawan, Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah An-Nuur ayat 37 hingga 38, “(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan solat serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.”
“(Mereka mengerjakan semuanya itu) supaya Allah membalas mereka dengan sebaik-baik balasan bagi apa yang mereka kerjakan, dan menambahi mereka lagi dari limpah kurniaNya; dan sememangnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terhitung.”
Bermaksud, dengan mengingati Allah, mendirikan solat, memberi zakat dan sedekah, takutkan hari kiamat kerana akan diadili, seseorang itu akan mendapat limpah kurnia Allah dan pembalasan yang paling baik. Allah sesungguhnya satu-satunya sumber segala rezeki dan Dia akan menambahkan kurniaNya kepada hamba yang mempunyai ciri-ciri seperti di atas.
Kajilah Al-Quran dengan sebenarnya-benarnya, kerana tips untuk menjadi jutawan banyak terdapat di dalam Al-Quran. Terjemahan Al-Quran bermodalkan RM20 di pasaran. Menurut Abu Said r.a., Allah berfirman di dalam sebuah hadith qudsi, “Sesiapa yang disibukkan oleh Al-Quran daripada berzikir dan meminta kepadaKu, maka Aku akan memberikan kepadanya sesuatu yang lebih utama daripada diberikan kepada orang yang meminta kepadaKu” [2]
Sekiranya anda bukan berniat untuk menjadi jutawan, tetapi sekadar ingin hidup sederhana, beribadat kepada Allah. Serta dalam masa yang sama tidak mahu mempunyai bebanan hutang dan dikurniakan kecukupan dalam semua perkara, amalkan membaca Surah Al-Waqiah setiap malam. Menurut Ibnu Mas’ud, Rasulullah s.a.w telah bersabda, “Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah pada setiap malam, ia tidak akan ditimpa kemiskinan selama-lamanya.”[3]
Sekiranya anda sekarang berada di dalam keadaan terdesak, ditimpa kesusahan, memerlukan “fast-cash” untuk sesuatu perkara mustahak, maka ikutlah petua Rasulullah s.a.w. Di dalam sebuah hadith yang diriwayat oleh Huzaifah r.a., apabila Rasulullah s.a.w mengalami kesulitan, beliau akan segera mengerjakan solat.[4] Solat yang dimaksudkan adalah solat sunat. Ini adalah selaras dengan firman Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 45, “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”.
Di dalam riwayat lain diceritakan oleh Abdullah bin Salam r.a., ketika keluarga Rasulullah menghadapi sebarang kesempitan rezeki, beliau akan memerintahkan mereka mendirikan solat dan membaca ayat 132 surah Taha.[5]Firman Allah di dalam ayat berkenaan, “Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.”
Kebanyakkan yang mengamalkan tip ini mendapat kemurahan rezeki yang luas dan “low profile”. Mereka tidak terburu-buru dan tergesa-gesa dalam mengejar kesenangan. Kebanyakkan mereka akhirnya menjadi komited dalam beribadat atau melakukan aktiviti dakwah. Mereka hanya melakukan sedikit pekerjaan dunia, namun kurnia yang diperolehi melebihi apa yang mereka kerjakan.
Sumber : http://webblog.myjodoh.net
Thursday, January 26, 2012
Bila mata dan hati tidak sekata.....

Wednesday, January 25, 2012
Dilema Cinta Ilahi
Ya Allah....
Di lema CINTA ini...merunsingkan hati KU...
Puas ku Coret...kata Cinta ku Untuk Mu...
Ku masih mencari RINDU MU...
Ku masih meraba..QASEH Mu....
Namun...Aku terasa masih jauh ...dari Kasih dan Sayang Mu...ya Allah
Ya Allah...
Ampunkan Dosa ku...
Ingin ku cuci segala dosa ku....segala kekotoran di hati ku...
Namun...tidak mampu ku zahirkan..... di Iris mata ini....
Ya Allah...
Kembalikan Nikmat kasih dan Sayang Mu...
Kembalikan redhaMu...agar aku mampu berTahajud untuk Mu,
Kembalikan CINTA Mu...agar Aku mampu bermuNajat demi MU...
Aku bersujud di kaki langit MU..... agar...ENGKAU Redhai la hidupku...
Sesungguhnya...Aku insan yang kerdil, tidak mampu lari dari kesilapan dan kealpaan.
Friday, January 20, 2012
Monday, January 16, 2012
Aku Hanyalah Wanita Biasa
Sesungguhnya, Aku tak layak menjadi RATU mu..
Aku hanyalah wanita biasa...yang sering leka dengan godaan dunia...
Aku sering leka.....dengan hasutan nafsu....
Aku tidak segigih Siti Hajar, juga tidak sesetia Ainul Mardhiah...apatah lagi sesuci Rabiaatul Adawiyah...usahkan lagi seindah Aisyah Humairah....
Ujian yang ku lalui..umpama aku melewati musim gugur....hingga ke musim sejuk yang membeku....
Syukur kepada Ilahi...Allah kurniakan Matahari yang indah menyinar lembut...menyapu kebekuan, memberikan sinar baru...hingga hadirnya musim Bunga.
Walaupun sukar, namun kelopak yang gugur kembali mekar dengan hadirnya kamu.
Doakan Aku mampu melalui hari-hari ni...agar, aku bisa menwangi untuk kamu...dan bisa jua mewangi melewati syurga kita. Insyallah, Amin.
Thursday, January 12, 2012
Surat Cinta Seorang Isteri......
Aku pasti...aku belum cukup solehah...Aku pasti aku belum cukup Ilmu...walaupun telah 14 tahun menjadi RATU di Mahligai ini...Namun aku percaya...dengan adanya Kamu...Aku mampu....
Aku Mampu merempuh badai dan ombak yang bergelora, kerana aku sentiasa di dalam rangkulan pelukan kasih mu...
Aku mampu menjadi Suri mu...kerana kamu sentiasa ada menerangi jalan yang kadangkala kelam di sapa kabus tebal......
Aku mampu menjadi Ibu Mithali kepada anak-anak mu...kerana kamu sentiasa ada, menjadi tiang yang kukuh untuk Kami berteduh.
Aku...seorang Isteri yang bertuah....kerana Allah telah mengutuskan kamu untuk menjadi Suami ku....Sesungguhnya Ketentuan Allah itu...adalah yang terBaik untuk umat yang di SAYANGI.
Tuesday, January 10, 2012
Sinar Ayat Kursi
Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan... yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah saw tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu aitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.
Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:
1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.
3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.
4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.
5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid..
7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah saw bersabda,
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."
"Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Dunia-mu, utamakan SHOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat-mu"
Subhanallah. ..
Monday, January 9, 2012
Anak Aset ke Syurga atau Neraka
Tetiba terfikir sejenak....mampukah Diri ini mendidik anak-anak menjadi ahli-ahli syurga..... Adakah aku hanya berbangga jika dia berjaya di dunia??.......Sepatutnya, Aku berbangga....bila dia mampu menguruskan Ibu dan Bapanya kiranya tiba waktu di Jemput Ilahi......
Renungan Indah, pembuka hari....Isnin nan Indah
Saturday, January 7, 2012
Permata yang dicari
Qaseh nan Indah....di Hujung minggu.....
Alhamdulillah...Syukur kepada Ilahi...masih ada waktu, masih ku mampu bernyawa untuk 1 hari lagi...melayari hidup untuk mu ya Allah, ya Rabbi.
Seawal pagi.....alarm di telefon telah pun berbunyi...kala mentari belum lagi terkejut dari mimpi, di kala bintang masih bersinar di sisi bulan..... Iris bangun, demi kewajipan mengadap Ilahi.
Syukur kepada allah...masih ada kudrat hari ni....untuk menguruskan keluarga tersayang.
Hari ni...Inas ada tugasan di sekolah....terpaksa kejutkan awal.... 2-3 kali kejut, akhirnya bangun jua puteri comel itu. Setelah siapkan sarapan dan keperluan.... pkul 7.30, Iris keluar hantar Inas kesekolah......di temani embun-embun pagi yang masih leka membasahi bumi.......hirupan suasana pagi nan indah, dengan kabus yang masih menebal di hujung langit. Katanya ada latihan Larian sekolah hari ni.....tak sampai 5 minit...kaki telah pun jejak ke pintu pagar sekolah...ramai kawan-kawannya baru jua sampai di hantar ibu bapa. Seperti biasa, bersalam dan ciuman kasih ke dahi...Iris lepaskan dia pergi...dengan pesanan..."Jaga diri elok-elok"....
Kaki melangkah pulang....Mentari mula menujukkan sinarnya, Indahnya ciptaan Allah.... Kiranya Malam tadi....Rembulan mengambang penuh di temani bintang-bintang di langit yang cerah...pagi pula, kabus , berembun ...dan kini Mentari dengan cahaya indah......
Hati tersenyum girang...sambil mensyukuri Nikmat Allah.....Hari ni Hubby berkerja.... siapkan minum pagi...sambil berborak mesra...Hari ni juga dia agak sibuk..menguruskan pendaftran untuk kemasukan semesta baru...Alhamdulillah, hampir 4 tahun sudah bergelumang dengan buku-buku pelajaran......dengan suka duka dan pengorbanan.
Hmmmm....sekadar mencatat coretan harian....di hujung minggu.
Permata Chenta Qaseh Iris....
Friday, January 6, 2012
Ketidaksempurnaan mu...keindahan buat ku
Salam Jumaat pertama di tahun 2012.....
Alhamdulillah, setelah 2 hari bercuti , menguruskan anak-anak...kini kembali melayari hidup demi tanggungjawab....
Seawal pkul 5.45a.m Iris telah pun membuka mata....kotak fikiran telah mengatur menu untuk anak-anak.....Agak lemah longlai juga untuk mengerakkan badan....tapi demi tanggungjawab seorang ibu, gagah jua kaki melangkah....... Buka peti ais keluarkan apa yang patut, masak sarapan dan lunch untuk Irfan dan Inas. Sarapan buatkan popia ketam dengan air milo, untuk tengahari pula, Sotong masak lemak dan telur dadar.....cukuplah rasanya untuk anak-anak mengalas perut sebelum ke sekolah.
Setelah siap masak....siapkan diri pula untuk ke tempat kerja....Jubah hitam yang di beli di mekah jadi pilihan.....rutin biasa di hari jumaat pastinya berjubah....Pernah juga terlintas untuk kekalkan corak pemakaian ini....cuma kadang risau hati yang sering berbolak balik....Tetapi hati sentiasa tenang... bila Jubah kesayangan di sarungkan....
bak kata orang...pemakaian memberikan gambaran seseorang...walaupun sekali seminggu....Biarlah ia menjadi permulaan yang +ve....mendidik hati dan jiwa.
Agak awal Iris keluar hari ni....Angkat Izza, untuk mandikan, kesian pula tengok si kecil masih lena di buai mimpi...Alhamdulillah, papa offer untuk uruskan Izza hari ni. Setelah cium Izza, Inas dan Irfan....pkul 7.15 masuk kereta.... Hubby berpesan " Jaga diri, jaga tingkah laku, BALIK awal"...he he he..... Insyallah Sayang....Doakan yang terbaik buat Isteri mu dan anak-anak...semoga kami sentiasa di dalam lindungan Allah sentiasa.
Teringat malam tadi....ketika Iris asyik bermain game di telefon....suka je dia datang mengacau....tetiba di sapa.. "Macam mana boleh ada Fb kat phone ni?"...aduhai sayang, dia punya phone lagi canggih, lagi lama pakai....kita punya belum sampai 1 bulan pun....rupanya tak tahu....dok pakai yang standard jer....Kesian sungguh.....so, plan nak tidur awal, terbengkalai....asyik mengajar Student Dewasa pakai Smart Phone....itulah ketidaksempurnaan Hubby....TETAPI...itulah KeINDAHAN buat Iris.........semoga Allah Kekalkan rumahtangga kami...sehingga hujung nyawa dan sentiasa di dalam Rahmat Allah....Amin.
Thursday, January 5, 2012
Bermula Ceritera baru di tahun 2012
Sejak 4 January 2012...maka bermulalah 1 lagi episode baru dalam kehidupan Iris.
Irfan telah pun menjejakkan kaki ke sekolah Menengah, Inas pula mula meniti hari baru di sekolah baru..Izza mula mengenal alam persekolahan....ceritera Permata Qaseh Iris kini bermula.
Semalam Irfan first day ke Sekolah dengan basikal...Iris tak hantar...Since he's 13 , biar dia berdikari...even hati mama berdebar-debar, but kena keras hati, he have to learn to do it alone. Petang , alhamdulillah....dia balik with big smile, while Mama waiting at home. He's lucky, because his cousin sekolah sama, even kelas lain....But he said " Susah la, sekolah baru, tak tahu nak buat apa, tp Irfan ikut je orang"...... Hmmmm...kata hati mama" Alahai, kesiannya anak Mama"......tapi kata di mulut Mama " Tak per la....susah dulu, 2-3 hari lagi senang la....tanya orang kalo tak tahu...jangan diam je...semua orang belajar dari susah"....ayat nasihat dari mama.
Inas pula...baru je dapat kelas semalam. Itulah hari pertama dia bersekolah sesi petang....dengan cuaca yang agak panas....Hati mama risau....takut dia cepat sakit.....sebab Inas cukup sensitive dengan cuaca.... Inas dapat Kelas 3 UKM...since mostly kelas dah penuh...Tapi alhamdulillah.... cepat je dia dapat kawan....Inas memang jenis peramah dan cepat mesra. Dia cakap, dia suka sekolah baru....semua baru, kawan-kawan pun best. Esok dia akan ke sekolah sendiri...but Abang akan hantar sampai pintu pagar....Iris doakan, Allah sentiasa melindungi anak-anak IRis...Insyallah...Amin.
Izza....First day to school....Little Chaliph....Uniform belum dapat, pakai baju biasa je. Since sekolah sebelah rumah....pkul 8.30 baru tergedek-gedek mama gi hantar....dengan botol susu kat mulut. Alhamdulillah, Izza tak de nangis, she's good girl....tapi ramai juga la yang menangis....siap main kejar-kejar lagi....Seronok juga tengok gelagat anak-anak kecil ke sekolah. Tidak pernah pun terfikir...1 hari Iris akan ada rumah sebelah sekolah....kalau dulu tiap hari hantar anak-anak...parking depan rumah orang...sekarang orang pula parking depan rumah kita...1 pengalaman baru.....dan Indah.
Alhamdulillah....sepanjang tinggal di sini..walaupun agak jauh dari keriuhan kota Kuala Lumpur, bak kata Hubby...tinggal dalam hutan...susah betul nak cari barang...even kedai gambar pun kena keluar ke Alam Budiman.....tetapi kami tidak pernah menyesal melabur untuk keselesaan anak-anak. Sekolah anak-anak just a few KM dari rumah....Tadika...jiran sebelah, Mengaji pula, jiran depan rumah...so tiada apa yang perlu di risaukan.... bukan la hutan sangat...may be, a small town with a little fasilities, but good enough for us.
Iris....Masih belajar hidup berjiran, menbiasakan diri dengan dunia baru...jauh dari kesibukan kota...masih belajar mengemas rumah yang makin luas.....
Permata Chenta Qaseh Iris......
Note: Nak load gambar...tp tak lepas....
Monday, January 2, 2012
Someone Like You
That you found a girl and you're married now.
I heard that your dreams came true.
Guess she gave you things I didn't give to you.
Old friend, why are you so shy?
Ain't like you to hold back or hide from the light.
I hate to turn up out of the blue uninvited
But I couldn't stay away, I couldn't fight it.
I had hoped you'd see my face and that you'd be reminded
That for me it isn't over.
Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you too
Don't forget me, I begged
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead,
Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead, "
Yeah
You'd know how the time flies
Only yesterday was the time of our lives
We were born and raised
In a summer haze
Bound by the surprise of our glory days
I hate to turn up out of the blue uninvited
But I couldn't stay away, I couldn't fight it.
I'd hoped you'd see my face and that you'd be reminded
That for me it isn't over.
Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you too
Don't forget me, I begged
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead."
Yeah
Nothing compares
No worries or cares
Regrets and mistakes
They are memories made.
Who would have known how bittersweet this would taste?
Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you
Don't forget me, I begged
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead."
Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you too
Don't forget me, I begged
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead,
Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead."