Wednesday, May 30, 2012

Membilang DETIK.......


Assalamualaikum....

Bermula hari baru dengan iringin bayu yang kuat menghempaskan diri, jua tiada matahari menemani perjalanan.....Cuma rintik hujan yang agak riang dan makin rancak membasahi bumi....

Cukup sejuk.....tika jari jemari memetik huruf-huruf keyboard ni...sesekali terpaksa memberikan hembusan nafas hangat....agar tidak kaku di himpit kesejukan.....

Tiada cerita menarik untuk di kongsi....tetapi hati berbunga untuk menaip nota-nota indah....walaupun tahu...bukannya ada pembaca tegar yang akan menunggu tiap titipan..... sekadar ingin melepaskan lelah seketika.....Mata agak berat, tika asyik mengukur kalam yang kadang nampak makin kaku, tidak mampu sudah mendalami maksudnya.......

Hmmmm...gambar di atas.....sekadar mengisi ruang kosong....rasa macam kaku pula ruang ini, kiranya hanya tulisan...umpama tetamu datang di hidang dengan air kosong sahaja....berikan sedikit kuih walaupun hanya buat ringanan di mulut.

Yang warna Pink tu.....Bilik Inas, dah hampir 6 bulan di hias...baru hari ini Mamanya sempat bercerita.... For sure....I'm not the person yang pandai dalam deco....but just pun a little sweet things in her room.... ada yang tak dapat di penuhi....but Insyallah.....ada rezeki nanti. She share the room with my little Angle....but the Little one always sepahkan bilik....he he he he....so gaduh la selalu.....dan biasanya.....barang Kakak....barang Izza juga.....then biasa la...barang Kakak semuanya cantik dan cute.....for sure la kena marah....... So mama la jadi Pendamai....dan tukang ganti mana yang rosak......

The other picture tu....for sure bilik Irfan.....Penuh dengan toys...tu yang di dinding...belum nampak lagi yang di lantai....memang penuh dengan koleksi patung, kereta dan macam-macam lagi.....He said " Mama, dah tak de ruang la"....so I promise him....untuk buatkan cabinet....but kena tunggu balik Terengganu .....Actually my sister ada kilang perabot di Terengganu....so, plan nak minta di buatkan untuk Irfan....tapi tak tahu la...boleh ke tak...because kilangnya selalu busy....banyak order.

Time for lunch...perut dah menyanyi.....teringin pula bersantap dengan Nasi Arab di hujung kota......tetapi tiada pula teman......Sahabat-sahabat yang dulu sering kali menemami...agak sibuk dengan urusan keluarga dan kerja.....Mungkin lain tika...insyaallah...kiranya detik itu mengizinkan.

Tuesday, May 29, 2012

A Thousand year Love Song





 Approval by Jun Suh

It doesn't matter if I can't say anything,
as long as I can see you,
even if I cannot have or touch you.
Truthfully, I should sweep away my heart once and withstand it.

I worry about your days, where you are? If you are well?

On the suffering night swallowing the moonlight,
thoughts of you keep me from sleep.
I want the heavens to give approval the day I am born again,
Our unrealizable love.

Even if I cannot be next to you,
I will become a lonely shadow behind you.
You shouldn't look back even if you want to,
You must avoid me,
who cannot give you happiness even for a little while.

One step, two steps, walk a bit faster than me.

So my two hands and also my two feet will not block your way.
I wish for the heavens to give approval on the day I am born again,
Our love that could not be realized.

Oh heaven, conceal my love,

Oh wind, give flight to my pain
I beg of you to not let my love know my tears.



Di ungkap dari kisah Lagenda Korea - Story of First's King Four God

Sebuah drama yang agak menarik......dramatik dan sememangnya Lagenda....pelbagai mistik, tetapi cukup indah olahannya.

24 Episode...letih juga melayan....tak cukup siang, malam pula sambung di rumah.... hubby siap sorok computer....katanya tak jadi kerja dok layan cerita Korea... It's me....

Kata Iris....I fall in love with the Hero ....he he he he..... Yup, tahun 2002, dia popular dengan cerita Winter Sonata....dan di tahun 2007, Drama ini di tayangkan.....dan since then....sejak kemalangan jatuh kuda semasa sesi terakhir pengambaran....hingga hari ini, dia hanya beraksi di belakang tabir...tiada lagi Drama atau pun Filem yang di lakonkan. Tetapi yang menariknya....Dia akan terbitkan buku....A Beautiful about Korea....hmmmm promosi Korea.

Anyway...not only me sometime crazy about this guy....most of the women out there......
Tak salah rasanya...Menikmati satu ciptaan Allah yang cukup indah..... selagi tidak melampaui batas-batas.....

Monday, May 28, 2012

Jangan Lupa Namaku



Apa ada pada nama????

Nama adalah DOA…untuk empunya….

Nama mengambarkan harga diri….

Di sisi Allah, nama itulah yang akan di panggil kelak….Maknanya……. sama ada indah atau tidak…itulah Nama…yang di berikan sejak lahir…..

Agak menarik kiranya bercerita tentang NAMA bagi  Iris…..
IRIS…hanyalah nama di alam MAYA,  kerana waktu ianya bermula terlalu minat dengan lagu Airis aluanan Awie….baru nak berkenalan dengan alam Maya…Nama ini agak indah untuk di gunakan… dan kekal ia hingga saat ini….

Nama sebenar….Agak menarik sebenarnya…bermaksud “Cahaya Keazaman” dengan berpangkalkan susur galur nama keluarga….. agak unik ….

Cuma………agak janggal kiranya diketahui…pemiliknya adalah seorang WANITA….. kelakar, tapi itulah realitinya….

Lebih 30 tahun membawa nama ini…pelbagai peristiwa berlaku….bila di imbau kembali…pasti akan mengamit senyuman….. nama pilihan Ayah ini cukup memberikan seribu 1 cerita…… terutama bila melangkau ke alam remaja…

Semasa belajar di university…pernah pensyarah panggil…suruh angkat barang…sebab di sangka lelaki… sememangnya,  di dewan itu…hanya Iris seorang sahaja perempuan…. 1 dewan bersorak…amat malu entah mana nak sorok muka waktu tu….nasib baik la, ada penyelamat…..he he he he……

Semasa mula berkerja….Staff di hantar untuk latihan di Genting Highland….tiba waktu pembahagian bilik….di tempatkan pula dengan lelaki…….Aduih….….Lelaki itu apa lagi bersorak gembira (saiz badannya sahaja, 3 kali ganda dari Iris waktu tu)….bayangkan la….lebih 1 jam kena tunggu di Lobby…sebab semua bilik penuh….nak menangis pun ada….nak ketawa pun ada….

Di hari perkahwinan pula….2 kali Kadi tanya…betul ke nama Pengantin Perempuan ni…… ha ha ha ha…Tak kan la nak nikahkan dengan lelaki pula……

Segalanya mengamit kenangan….pernah dulu rasa sedih, bila bertubi-tubi ujian datang …hanya kerana NAMA….tetapi kini…Bangga kerana bukan semua orang punya nama seunik ini….Sesungguhnya ujian itu memberikan kita Pengajaran …segala yang berlaku ada Hikmahnya….Kita patut Bersyukur dengan apa yang ada...Terima kasih Ayah...kerana berikan nama yang indah ini.....

Thursday, May 24, 2012

Doa Untuk Mu....





Assalamualaikum....

Esok cukup 3 minggu pemergiaan....Ayah Hubby yang tercinta... Terasa umpama baru semalam khabar di terima...
Masih berbekam di hati...masih terasa hangat air mata....masih di ingatan wangian di pusara...tika jenazah di kebumikan...... Sayu.....tapi Redha...kerana semua yang hidup pasti akan mati...cuma waktu dan ketika sahaja tiada tahu bila akan menjengah.

Kata Hubby..... "Kini, tiada lagi, insan-insan yang akan mendoakan kesejahteraannya".......bila Ibunya pergi 4 tahun dahulu....umpama gunung jatuh ke dada....hubby umpama hilang arah seketika....alhamdulillah.... Allah dijadikan tempat mengadu...siang dan malam. Kini....tika menerima berita ayahnya telah tiada....dia cukup tenang...redha dengan Qada dan takdir Allah. Tiada setitik penyesalan....katanya, dia telah cuba menjadi anak yang baik.....hingga hujung nyawa....dia lah orang sering ayah hubungi...walaupun kami jauh di pisah Lautan.... 

Takdir Allah penentu segalanya.....Dia memilih untuk menetap di bumi bertuah ini...bukan di bumi kelahirannya....dia jua memilih Iris menjadi pasangan hidup...berbeza bahasa dan jua adat....Namun... Tiada apa yang membezakan kami....sebuah kehidupan yang cukup Indah kami kongsi.....cuma inilah pengorbanan yang kami sentiasa bersedia untuk menerimanya....Bila musibah menimpa....kamilah saudara terakhir yang hadir....Alhamdulillah...Allah permudahkan segalanya. Kami redha dengan takdir Allah.

Iris berbisik padanya..."Walaupun Mak dan Bapak dah tak de untuk mendoakan......tapi Iris sentiasa ada mendoakan kesejahteraan kita bersama".....Itu janji Iris, selagi ada nyawa ini.

Dalam setiap denyutan nadi  ini akan Iris doakan.... "Berikanlah kesejahteraan dan kejayaan kepada Suami ku.....semoga dia menjadi suami dan ayah yang soleh, penerang kehidupan kami hingga ke syurga...Amin"




Wednesday, May 23, 2012

Beginilah Caranya.....19 Tips CINTA..




 "Yang Ku tahu........
      Ku cuba yang terbaik untuk Mu..........
              Yang Indah jadikan Kenangan.....
                      Yang duka perbetulkan........ "


 Assalamualaikum...

Sekadar berkongsi.....Untuk jadikan panduan buat pasangan suami isteri yang baru melayari bahtera rumahtangga..... dan bagi yang telah menjejak hampir ke puncak....Mungkin sekadar ingatan......

"Membina Mahligai itu Mudah...tetapi mengekalkan untuk Ia sentiasa Indah dan Menwangi itu....paling mencabar.... "

1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

 2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.

 3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

 4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

 5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

 6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

 7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

 8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.

 9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.

 10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

 11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

 12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

 13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

 14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

 15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.

 16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

 17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

 19. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.

Sumber: https://www.facebook.com/pages/Suami-Mithali-Isteri-Sejati-Keluarga-Harmoni

Monday, May 21, 2012

Kiranya CINTA milik kita......


Assalamualaikum,
Dengan penuh keberkatan waktu Dhuha ini….
Keindahan, keagunganan dan kebesaran ini milik Mu…Ya Allah

Agak lama menyepikan diri....
Terlalu banyak dugaan Allah....terbentang di muka bumi demi menyapa betapa, Allah itu Kasih dan sangat mencintai Hambanya...

Kiranya Cinta itu Milik kita.....
Akan susut di bawa hari, akan jua berlalu tika leka, akan  jua hilang, kiranya jasad terkubur di bumi. Sesungguhnya...
Cinta itu Milik Allah yang hakiki...kita hambanya...hanya meminjam untuk semetara....
Sementara masih ada nyawa di setiap hembusan nafas ini.

Bercerita sebuah kehilangan, bercerita sebuah pengorbanan dan bercerita sebuah penghargaan dan jua sebuah nilai keCintaan.....
Terlalu banyak untuk di ungkai....entah mana mahu di luah...
Entah mana mahu di coret...
Entah mana mahu di buang....agar terus menjadi sekadar sejarah di dalam lipatan kenangan....

Demi Masa.....Sesugguhnya Manusia itu sentiasa di dalam kerugian...
Itu kalam Allah ...peringatan untuk umatnya....

Wednesday, May 2, 2012

Ketika Tuhan Jatuh Cinta


“Langit adalah kitab yang terbentang…
Bumi adalah kitab yang terhampar…
Manusia adalah kitab yang berjalan…
Sedangkan Al-Qur’ an adalah cahaya di dalam kegelapan…” 

Assalamualaikum....

Alhamdulillah, setelah 4 hari bercuti.....hari pertama melangkah  untuk mulai tugasan. Menimbun task yang makin terik menarik perhatian.....badan agak letih, namun tanggungjawab harus di utamakan..Dengan Zikir Al-Razak dan doa Allahuma Yassir, Walla tu assir...Semoga Allah mempermudahkan segala urusan...dan selesai segala yang di rencanakan.

Banyak cerita menarik di kala bercuti...namun biarkan dulu di simpan menjadi 1 cerita dilain waktu....

Sekadar ingin bercerita....Novel terkini yang masih enak di dalam dakapan....mungkin lagi 1/4 akan habis di baca....tetapi hati menari-nari untuk berbicara...1 kisah yang agak menarik....hingga bawa ke alam mimpi...kisah Zikri,Leni, Lidya, Humaira, Irul dan Shila.

Kata hati Iris...1 bacaan yang berkesan, coretan kisah yang agak simple, namun bisa membuatkan hati pegun tiap kali chapter baru di selami.... Indah coretan seorang lelaki ini....indah jua kisah di sebalik dugaan dan Ujian Allah...

Ketika ujian Allah tiba.....Ia adalah kalimah Allah berbicara dengan insan yang di kasihi,
Di kala titisan airmata menangisi takdirNya.....ia adalah  tanda...Tuhan Jatuh Cinta kerana takdir yang ditetapkan, Insan masih Cinta dan syukur atas nikmatnya....

Akan cari Novel kedua....titipan ke 2 dari kisah ini.....ada coretan berbicara, agak kurang menarik....namun masih mantap untuk menjadi teman sebelum lena..... Mungkin lagi indah kiranya  ......Dihadiahkan dari yang Tersayang....siapa tahu, rezeki dari Allah.....Amin

From Iris to your Heart.... tika tuhan berbicara, hati merintih,  jiwa menangis , namun bukalah mata, bicaralah hati...Itulah tanda....Tuhan Jatuh Cinta.