"Yang Ku tahu........
Ku cuba yang terbaik untuk Mu..........
Yang Indah jadikan Kenangan.....
Yang duka perbetulkan........ "
Assalamualaikum...
Sekadar berkongsi.....Untuk jadikan panduan buat pasangan suami isteri yang baru melayari bahtera rumahtangga..... dan bagi yang telah menjejak hampir ke puncak....Mungkin sekadar ingatan......
"Membina Mahligai itu Mudah...tetapi mengekalkan untuk Ia sentiasa Indah dan Menwangi itu....paling mencabar.... "
1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum
berpisah ke tempat kerja masing-masing.
2. Jika berpisah
lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi
dengan pelukan dan ciuman di bibir.
3. Walau sesibuk mana
sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali
walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.
4. Sentiasa ucapkan
kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana,
menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.
5. Sentiasa mencari
peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan
anak-anak jika pada hari berkerja.
6. Amalkan bertanya
apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda
mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.
7. Luangkan masa
untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa
sebelum tidur.
8. Mudah berbaik jika
berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam
sekali pun apatah lagi berhari-hari.
9. Temani pasangan
semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya
kerana apa yang penting ada berada disisi.
10. Jangan sesekali
berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat
kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.
11. Amalkan sembahyang
berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.
12. Biasakan bergilir
gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan
makanan atau minuman isteri atau suami.
13. Sesekali buatlah
kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai
pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti
menyukainya.
14. Senda gurau dalam
rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa
sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.
15. Sentiasa kenang
pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami
yang berkerja keras menyara keluarga.
16. Sesekali tukar
gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.
17. Apa sahaja
masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk
menyelesaikannya.
18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang
baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda
mencapai matlamat tersebut.
19. Jika
amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini,
jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan
malu.
Sumber: https://www.facebook.com/pages/Suami-Mithali-Isteri-Sejati-Keluarga-Harmoni