Monday, May 28, 2012

Jangan Lupa Namaku



Apa ada pada nama????

Nama adalah DOA…untuk empunya….

Nama mengambarkan harga diri….

Di sisi Allah, nama itulah yang akan di panggil kelak….Maknanya……. sama ada indah atau tidak…itulah Nama…yang di berikan sejak lahir…..

Agak menarik kiranya bercerita tentang NAMA bagi  Iris…..
IRIS…hanyalah nama di alam MAYA,  kerana waktu ianya bermula terlalu minat dengan lagu Airis aluanan Awie….baru nak berkenalan dengan alam Maya…Nama ini agak indah untuk di gunakan… dan kekal ia hingga saat ini….

Nama sebenar….Agak menarik sebenarnya…bermaksud “Cahaya Keazaman” dengan berpangkalkan susur galur nama keluarga….. agak unik ….

Cuma………agak janggal kiranya diketahui…pemiliknya adalah seorang WANITA….. kelakar, tapi itulah realitinya….

Lebih 30 tahun membawa nama ini…pelbagai peristiwa berlaku….bila di imbau kembali…pasti akan mengamit senyuman….. nama pilihan Ayah ini cukup memberikan seribu 1 cerita…… terutama bila melangkau ke alam remaja…

Semasa belajar di university…pernah pensyarah panggil…suruh angkat barang…sebab di sangka lelaki… sememangnya,  di dewan itu…hanya Iris seorang sahaja perempuan…. 1 dewan bersorak…amat malu entah mana nak sorok muka waktu tu….nasib baik la, ada penyelamat…..he he he he……

Semasa mula berkerja….Staff di hantar untuk latihan di Genting Highland….tiba waktu pembahagian bilik….di tempatkan pula dengan lelaki…….Aduih….….Lelaki itu apa lagi bersorak gembira (saiz badannya sahaja, 3 kali ganda dari Iris waktu tu)….bayangkan la….lebih 1 jam kena tunggu di Lobby…sebab semua bilik penuh….nak menangis pun ada….nak ketawa pun ada….

Di hari perkahwinan pula….2 kali Kadi tanya…betul ke nama Pengantin Perempuan ni…… ha ha ha ha…Tak kan la nak nikahkan dengan lelaki pula……

Segalanya mengamit kenangan….pernah dulu rasa sedih, bila bertubi-tubi ujian datang …hanya kerana NAMA….tetapi kini…Bangga kerana bukan semua orang punya nama seunik ini….Sesungguhnya ujian itu memberikan kita Pengajaran …segala yang berlaku ada Hikmahnya….Kita patut Bersyukur dengan apa yang ada...Terima kasih Ayah...kerana berikan nama yang indah ini.....

No comments:

Post a Comment