Assalamualaikum....
Esok cukup 3 minggu pemergiaan....Ayah Hubby yang tercinta... Terasa umpama baru semalam khabar di terima...
Masih berbekam di hati...masih terasa hangat air mata....masih di ingatan wangian di pusara...tika jenazah di kebumikan...... Sayu.....tapi Redha...kerana semua yang hidup pasti akan mati...cuma waktu dan ketika sahaja tiada tahu bila akan menjengah.
Kata Hubby..... "Kini, tiada lagi, insan-insan yang akan mendoakan kesejahteraannya".......bila Ibunya pergi 4 tahun dahulu....umpama gunung jatuh ke dada....hubby umpama hilang arah seketika....alhamdulillah.... Allah dijadikan tempat mengadu...siang dan malam. Kini....tika menerima berita ayahnya telah tiada....dia cukup tenang...redha dengan Qada dan takdir Allah. Tiada setitik penyesalan....katanya, dia telah cuba menjadi anak yang baik.....hingga hujung nyawa....dia lah orang sering ayah hubungi...walaupun kami jauh di pisah Lautan....
Takdir Allah penentu segalanya.....Dia memilih untuk menetap di bumi bertuah ini...bukan di bumi kelahirannya....dia jua memilih Iris menjadi pasangan hidup...berbeza bahasa dan jua adat....Namun... Tiada apa yang membezakan kami....sebuah kehidupan yang cukup Indah kami kongsi.....cuma inilah pengorbanan yang kami sentiasa bersedia untuk menerimanya....Bila musibah menimpa....kamilah saudara terakhir yang hadir....Alhamdulillah...Allah permudahkan segalanya. Kami redha dengan takdir Allah.
Iris berbisik padanya..."Walaupun Mak dan Bapak dah tak de untuk mendoakan......tapi Iris sentiasa ada mendoakan kesejahteraan kita bersama".....Itu janji Iris, selagi ada nyawa ini.
Dalam setiap denyutan nadi ini akan Iris doakan.... "Berikanlah kesejahteraan dan kejayaan kepada Suami ku.....semoga dia menjadi suami dan ayah yang soleh, penerang kehidupan kami hingga ke syurga...Amin"
