Thursday, January 12, 2012
Surat Cinta Seorang Isteri......
Aku pasti...aku belum cukup solehah...Aku pasti aku belum cukup Ilmu...walaupun telah 14 tahun menjadi RATU di Mahligai ini...Namun aku percaya...dengan adanya Kamu...Aku mampu....
Aku Mampu merempuh badai dan ombak yang bergelora, kerana aku sentiasa di dalam rangkulan pelukan kasih mu...
Aku mampu menjadi Suri mu...kerana kamu sentiasa ada menerangi jalan yang kadangkala kelam di sapa kabus tebal......
Aku mampu menjadi Ibu Mithali kepada anak-anak mu...kerana kamu sentiasa ada, menjadi tiang yang kukuh untuk Kami berteduh.
Aku...seorang Isteri yang bertuah....kerana Allah telah mengutuskan kamu untuk menjadi Suami ku....Sesungguhnya Ketentuan Allah itu...adalah yang terBaik untuk umat yang di SAYANGI.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Semoga Allah memberkati hidup Kita setiap kali kita menghembuskan nafas ini Amin...amin
ReplyDelete