Tuesday, February 21, 2012

Jangan Bersedih lagi...

Assalamulaikum....

Harian yang cukup padat....al-maklum tugasan kerja yang menunggu.....
Legakan minda menjelajah laman-laman Ilmu untuk panduan.....

Sekarang Iris sedang membaca Novel " Salju Sakinah" yang banyak memberikan ilmu agama yang harus kita teladani dan antaranya mengungkap kitab-kitab ilmuan Islam yang amat menarik....

Antaranya Kitab Tulisan Dr. Aidh Bin Abdullah Al-Qarni, La Tahzan, dan telah di terjemahkan ke bahasa Melayu...iaitu "JANGAN BERSEDIH".....

Banyak laman-laman Ilmu menyarankan peminat buku-buku membaca buku ini......Insyallah, kiranya ada rezeki, Iris ingin Memilikinya jua....semoga ia menjadi panduan, dan juga pengubat jiwa....di kala hati bersedih....
Ini pula antara buku tulisan dari penulis yang sama...cuma dikhususkan untuk wanita, Iris fikir, mungkin patut jua miliki.......kerana ia Hadiah untuk Muslimah...:) Iris tertarik dengan ungkapan ini:......

"
Semangat dan azam untuk hidup hari ini tanpa kesedihan, tanpa keresahan, tanpa kemarahan, tanpa kedengkian dan tanpa kebencian" dari http://assistantlibrarymalaysia.blogspot.com

Jangan biar kesedihan melemaskan diri, lupa tanggungjawab yang sering menjadi amalan harian, biarkan otak menurut naluri hati, meninggalkan yang disayangi tanpa pesanan...kerana tuntutan Agama tidak pernah mengajar umatnya membelakangi insan lain, walau sekuat mana badai menimpa.....Ujian dari Allah, adalah untuk memberikan kita nikmat yang lebih baik...Insyallah....HANYA UNTUK ORANG YANG BERFIKIR MENGGUNAKAN AKAL FIKIRAN YANG WARAS.

1 comment:

  1. ..........Ikut hati....akan Mati....Ikut Rasa...maka Binasalah badan.Kita sebagai umat Islam di bumi Allah ini hendaklah sentiasa beristifar dengan segala perbuatan yang telah kita lakukan...berfikir sejenak selepas solat...Apa kah doa yang telah aku lakukan hari ini?...Minta pertolongan dari Allah dengan solat Istikarah ...semoga Allah memberi jawapan dari hati yang dibelenggu oleh Syatan yang di rejam..Zahir dan batin kita hendaklah sentiasa dekat kepada Allah ...semoga Allah memberkati kehidupan kita di dunia dan akhirat...Amin

    ReplyDelete