Thursday, February 16, 2012

Lelaki Ini.......






Assalamualaikum.....

Mulakan hari dengan Zikir Khamis - Subhanallahil-'azhimi wa bi hamdih ( Maha suci Allah yang maha besar dan pujian kepadaNya)

Semoga hari ni bakal melakar seribu keindahan buat kita semua....

Alhamdulillah....masih diizinkan waktu untuk Iris mencoret sesuatu di dada layar ini.. Meski pun...tiada ramai yang membaca....sekurangnya ada tempat untuk mencoret rasa....
Perjalanan hari ini diiringi kabus tebal hingga sampai ke office. Mungkin kerana malam tadi limpahan hujan yang menyejukan suasana pagi....dingin sekali.

Lelaki ini....... Itu lah lelaki yang amat berharga dalam hidup Iris....
Malam tadi, dia bebisik....
" Selagi ada Bintang dan Bulan.....Cinta dan Sayang ini hanya untuk Sayang"..... Rasanya dah 14 tahun tak dengar ucapan indah itu.......
cuma selingan di belakang kurang enak " kena tunggu lagi beberapa tahun...baru boleh cakap lagi"....he he he he....dia memang kedekut bab-bab gini....
So lagu "Lelaki ini"...di tujukan untuk Iris.......

Dan Iris berikan "Keabadian CINTA" untuk Sayang......Semoga Cinta kita sentiasa Mekar dan Abadi.

Semalam 15 February...Ulang tahun ke 42 untuk Anuar Zain...penyanyi kegemaran Iris....yang sering melagukan lagu-lagu cinta nan indah...Semoga sentiasa di dalam berkat Ilahi. Amin.

3 comments:

  1. Allah telah menjadikan Iris..teman hidup hubby..oleh itu..sama-samalah kita menghargai kurniaan yang Allah bagikan ...Bersukur merupakan perbuatan yang dituntut oleh Allah kepada umatnya yang tahu erti sebenarnya maksud kehidupan di alam yang fana ni..Semoga Allah menambahkan lagi rahmat keatas keluarga kita dengan menjaukan segala yang ditegah oleh Allah...Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana menjadi permata dan Cahaya dalam kehidupan Iris... Semoga Allah kurniakan kebahagiaan untuk kita hingga ke syurga. Amin

      Delete
  2. Semoga kebahagiaan milik Iris n keluarga sehingga bila-bila. :)

    ReplyDelete