Di kota
Damsyiq, ada sebuah masjid besar yang bernama Masjid Al-Taubah.
Kira-kira tujuh puluh tahun yang lalu, masjid ini pernah diduduki oleh
seorang pemuda, penuntut ilmu yang bernama Sulaim Al-Suyuthi. Beliau
terkenal pandai dalam ilmu agama dan sangat soleh, tetapi ia sangat
fakir. Dia tidak memiliki tempat berteduh selain sebuah bilik di dalam
masjid Al-Taubah.
Suatu
hari, Sulaim merasa sangat lapar. Sudah dua hari beliau tidak makan dan
tidak memiliki apa-apa untuk membeli makanan. Pada hari ketiga, beliau
merasa hampir mati.
Otaknya berfikir; apa yang harus dilakukan?
Malah dia
berasa telah sampai kepada batasan darurat yang membolehkan dirinya
memakan bangkai atau mencuri sesuai keperluan. Dia memilih untuk
mencuri.
Masjid Al-Taubah pada waktu itu berada
di tengah-tengah kota raya. Rumah-rumah pada saat itu saling berdekatan
dan atapnya saling berhampiran. Jika seseorang mahu, dia dapat berjalan
hingga ke akhir kota dengan melangkah di atas atap-atap rumah.
Syeikh
Sulaim segera memanjat dinding masjid. Dia terus melangkah ke atap rumah
penduduk. Dia melihat seorang wanita dari atap tersebut, dia segera
menutup matanya dan menjauh.
Kemudian
dia tiba ke sebuah rumah kosong, dia mencium dari dalamnya bau sebuah
masakan. Bau itu macam magnet yang menarik dirinya untuk turun. Dia
segera melompat ke dalam rumah itu dan terus berlari ke dapur. Dia
segera mengangkat penutup kuali dan melihat terung-terung (bazinjan
mahsyi) yang sedang dimasak.
Tangannya mengambil salah satu dari
terung tersebut dan segera menggigitnya. Namun sebelum ia berhasil
menelan gigitan tersebut, akal dan agamanya kembali.
Hatinya segera berkata, “Auzu
billah. Saya seorang pelajar agama yang tinggal di masjid. Tidak patut
saya menceroboh rumah orang lain dan mencuri makanannya.”
Dia menjadi sangat menyesal. Dia lalu beristighfar dan mengembalikan terung yang telah digigitnya itu ke tempatnya semula. Dia kembali ke masjid dan duduk di sebuah majlis ilmu. Namun kerana sangat lapar, dia hampir tidak mengerti apa yang didengar.
Dia menjadi sangat menyesal. Dia lalu beristighfar dan mengembalikan terung yang telah digigitnya itu ke tempatnya semula. Dia kembali ke masjid dan duduk di sebuah majlis ilmu. Namun kerana sangat lapar, dia hampir tidak mengerti apa yang didengar.
Setelah
majlis itu selesai dan semua orang telah kembali ke rumah masing-masing,
tidak ada yang masih berada di dalam masjid kecuali Syeikh Sulaim
dengan gurunya.
Dalam
keadaan itu seorang wanita berniqab tiba-tiba datang dan berbicara
dengan sang guru, suaranya sangat halus. Kemudian guru itu memanggil
Syeikh Sulaim lalu berkata kepadanya, “Perempuan ini
memberitahuku bahawa suaminya baru sahaja meninggal dunia. Dan ia
seorang yang asing di negeri ini. Tidak ada yang menjaganya selain pak
ciknya yang sudah sangat tua.
Dia mewarisi rumah dan semua harta suaminya. Untuk itu, ia meminta
dicarikan seorang suami yang dapat menjaga dirinya dari orang-orang
jahat. Mahukah engkau menikahinya?”
Syeikh Sulaim berkata, “Ya.”
Lalu Syeikh itu bertanya kepada perempuan itu, “Mahukah engkau menerimanya sebagai suami?”
Ia menjawab, “Ya.”
Pakcik perempuan itu hadir bersama dua orang saksi. Akad nikah pun dilaksanakan segera.
Syeikh itu lalu berkata, “Bawalah suamimu ini.”
Perempuan itu lalu memimpinnya ke rumah
tempat tinggalnya. Apabila perempuan itu menyingkap niqabnya, ternyata
dia adalah seorang wanita yang sangat muda dan cantik. Juga ternyata,
rumah kediamannya adalah rumah yang tadi dicerobohinya.
Isterinya bertanya, “Mahukah engkau makan?”
Dia menjawab, “Ya.”
Isterinya segera membuka penutup kuali dan melihat terung-terungnya. Dia segera berkata, “Hairan sekali, siapa yang telah masuk ke rumah dan memakan terungku?”
Syeikh Sulaim segera menangis dan menceritakan kisahnya kepada isterinya.
Syeikh Sulaim segera menangis dan menceritakan kisahnya kepada isterinya.
Isterinya itu segera berkata, “Inilah
buah daripada sifat amanah. Engkau meninggalkan sebiji terung yang
haram, Allah lalu memberikan kepadamu rumah ini berserta seluruh
seisinya melalui cara yang halal.”
Tinggalkan yang Haram
Kisah ini
diceritakan oleh Allahyarham Syeikh Ali Al-Thantawi, seorang ulama besar
di Syria yang wafat beberapa tahun lalu, di dalam ”muzakarat”nya.
Beliau berkata, “Cerita ini kisah nyata. Saya sendiri mengenali
tokoh-tokohnya dan saya masih ingat perincian ceritanya.”
Masya-Allah,
ketika membaca kisah ini saya kembali teringat kota Damsyiq yang penuh
dengan ilmu dan keberkatan. Kejadian luar biasa sering terjadi di kota
ini bagi orang-orang yang ikhlas menuntut ilmu kerana Allah.
Pengajaran
yang terkandung di dalam kisah ini sangat jelas. Satu biji terung haram
yang anda tinggalkan kerana Allah akan dibalas dengan rumah besar
berserta isinya dan isteri yang cantik di dunia ini. Belum lagi balasan
tidak terkira daripada Allah di akhirat kelak,
”Tak seorangpun
mengetahui berbagai nikmat yang menanti dan yang indah dipandang,
sebagai balasan bagi mereka atas apa yang mereka kerjakan.” (surah
al-Sajdah: 17).
Meninggalkan perkara haram adalah ibadah yang paling Allah sukai. Imam Al-Tirmidzi meriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa
Meninggalkan perkara haram adalah ibadah yang paling Allah sukai. Imam Al-Tirmidzi meriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa
Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tinggalkanlah
perkara-perkara yang haram, maka engkau menjadi orang yang paling banyak
ibadahnya.”
Siti
Aisyah berkata, “Kamu semua tidak akan membawa amalan yang lebih baik
daripada sedikit dosa. Maka barang siapa yang mahu mengalahkan seorang
ahli ibadah yang tidak pernah berhenti menyembah Allah, maka tahanlah
dirinya daripada dosa.”
Para ulama
berkata, “Perbuatan taat dapat dilakukan oleh semua orang. Namun
meninggalkan maksiat, hanya dapat dilakukan oleh orang-orang yang siddiq
(jujur kepada Allah).”
Maimun bin
Mahran, seorang ulama tabiin berkata, “menyebut nama Allah dengan lisan
adalah perbuatan yang sangat baik. Namun lebih baik daripada itu ialah
seseorang yang mengingat Allah ketika hampir melakukan maksiat.”
sumber asal : Muslimah Sholehah
semoga kita semua betul-betul mendapat pengajaran dari kisah itu..dan bukanya sekadar mendegar sajahar...amin
ReplyDelete