Friday, April 20, 2012

Hard To Say I'm Sorry



Salam Jumaat….

Baru lepas lunch…..agak mengecewakan…tetapi bak kata hubby….anggap saja bukan rezeki…….. memang la….tapi still lapar …..nak keluar lagi….. malas sungguh rasanya….

Nice song kan…..even sememangnya tidak dapat untuk di bandingkan dengan penyanyi asal…di tahun 1980an…Namun sentuhan baru juga tidak mengecewakan….masih indah untuk pendengaran…

Susah ke untuk meminta maaf????  Tepuk dada, Tanya Iman….jangan Tanya Hati…kerana hati sering kali menipu……

Bagi Iris….cukup mudah…kerana tiada sekelumit kerugian….malah insyallah, Allah akan memberikan satu rahmat yang tidak kita jangka…. Walaupun rasanya tiada salah yang dilakukan….tetapi tiada lah salah jua untuk menghulur maaf….. Oleh itu….mohon la maaf…kiranya rasanya perlu…

Ada jua yang berkata….tidak perlu….sebab tidak pernah buat salah..….Itu EGO namanya…tiada manusia yang tidak membuat salah…..Nabi Allah jua membuat salah….apatah kita manusia biasa.

Renungkan lah….di mana kita…tidak rendah martabat manusia, kirakan menyatakan “ Saya Minta Maaf”….malah dia lebih di hormati….Insyallah.

Dari Iris…. Semoga kemaafan menjadi dendam yang terindah….. dan menjadi Madu yang paling manis……dengan Izin Allah.

Nota: Pernah seorang junior tersentak bila Iris memohon maaf…hanya sekadar silap menghantar email…… Mungkin kerana Iris super senior? For me, tidak sama sekali….mohon Maaf itu perlu….even kepada anak-anak…. “Maaf, mama lupa la goreng telur”….anak-anak pun sejuk hati.

No comments:

Post a Comment