Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan......
Alhamdulillah...Masih ada waktu Allah kurniakan untuk diri ini menikmati bulan yang penuh keberkatan ini.
Alhamdulillah....Masih ada tenaga untuk menjalani ibadah Mu, Ya rabbi...
Alhamdulillah.... Masih ada ingatan untuk sentiasa beibadat kepada Mu, Syukur kerana Engkau telah menetapkan hati ini agar sentiasa beriman dan bersujud kepadamu....
Alhamdulillah....Masih mampu ku rasa Nikmat kasih sayang Mu Ya, Allah.
Hari ini...Insyallah telah pun masuk hari ke 6 berpuasa.....sungguh cepat detik ini berlalu...umpama baru semalam berbicara dengan anak-anak tentang Puasa Ramadhan......
Banyak di fikiran unutk di tunaikan di bulan yang mulia ini dan semoga ia menjadi Istiqamah...untuk hari-hari yang mendatang.....
1. Membaca Al-quran sebanyak mungkin......kiranya mampu katam dalam bulan mulia ini...
2. Mengurangkan interaksi yang melalaikan....agak sukar kerana tiap hari akan bedepan dengan pelbagai ragam...namun, semoga Allah permudahkan.
3. Fokus untuk kerja sebagai Ibadah...dan keluarga sebagai syurga dunia/akhirat...Semoga Allah sentiasa menetapkan hati ini......agar tidak lalai dengan duniawi.
Cukuplah 3 pekara....biarlah yang lain di simpan agar menjadi ingatan buat diri sendiri.....
"Ya Allah, jadikan mata kami mata yang melihat kebaikan orang
lain, jadikan hati kami hati yang memaafkan kesalahan orang lain, jadikan minda
kami minda yang melupakan keburukan orang lain terhadap kami dan jadikan iman
kami tetap di jalan yang Kau redhai."
Sesungguhnya hati sering terdetik.....setiap perlakuan, pasti ada balasan....cukuplah merantai diri di Dunia...agar tidak di rantai di Akhirat....lebih sadis.....Janganlah Allah turunkan bala kepada anak-anak dan kaum keluarga...nauzubillah.