Monday, April 16, 2012

Tafsiran CINTA




Assalamualaikum……

Hari Isnin yang agak meresahkan…..
Mulanya agak liat untuk ke tempat kerja……badan agak kurang mengizinkan…tetapi kerana terlalu banyak tanggungjawab yang perlu di selesaikan…… gagahkan jua…Alhamdulillah, selamat sampai ke office…tepat pkul 8.30 pagi.

Hubby masih di dewan peperiksaan…mengadap paper yang agak mencabar minda dan fikiran katanya…sepanjang malam dia menelaah…..Segunung doa Iris iringkan…semoga Allah permudahkan segalanya….insyallah….Amin.

Fikiran diterjah peristiwa hujung minggu lepas….agak lucu di hati seorang Ibu, tetapi agak manis  kiranya di ungkap dengan keindahan…..

Jumaat lepas…….
Sambil memasak dinner…….seperti biasa…Inas rajin berceloteh sambil menemani Iris di dapur….
Tiba-tiba dia bertanya…

Inas “Mama, CINTA tu apa?”
Mama sempat terkedu 2 saat….tapi  cepat-cepat tersedar..
Mama  “CINTA tu sayang la….. sangat-sangat sayang, macam kita CInta kan Allah dan Rasul….macam Inas Sayang mama…….kalau terlalu sayang…Cinta la tu…… Inas CINTA mama tak?”
Inas…” Oooo….. Inas Cinta Mama…….Inas rindu kawan-kawan sekolah lama…Inas Cinta kawan-kawan lama”…..
Iris tidak pandai mentafsir CINTA dari Jiwa seorang Ibu kepada Hati Suci seorang anak kecil…..tetapi Sesungguhnya….kita jangan menipu…katanya yang +ve, kerana CINTA itu suci……

Semasa Irfan berumur 5 tahun dia pernah bertanya…..
Irfan ..”Mama, Love tu apa?”
Mama..”LOVE….hmmmm sayang la…..macam Irfan sayang mama”
Irfan..” Bukan la, love tu…cium-cium la”…
Hmmmmm…..dah kena rasuk dek Tv agaknya…..nasib baik la…itu la yang pertama dan terakhir…..Alhamdulillah….dia makin meningkat Remaja kini……dia makin kenal apa itu LOVE….


SAYANG, CINTA dan LOVE dari Mata Hati Izza…….di umur 4 tahun…

Mama….” Love tu apa?”
Izza….. “ Love tu…kawan la”……pengaruh lagu Barney …. I love you, you love me…..
Mama..”Sayang tu apa pulak?”
Izza..”sayang tu….Izza Saaaaayyyyannng Mama”….. pengaruh Iklan Dugrow….
Mama …” CINTA tu apa?”
Izza…” Cinta…perempuan dan lelaki la”…..hmmmmm mana pula datang ni……mama pulak garu kepala……perlu fikirkan macam mana nak betulkan fakta ini….

Itu kisah anak-anak mentafsir SAYANG, CINTA dan LOVE……
Walaupun semuanya membawa maksud yang sama……tetapi di hati anak-anak kecil…ia berbeza… Pengaruh luar amat memberikan kesan untuk jiwa anak yang bersih ini….

Iris….rasanya belum cukup layak mentafsir CINTA…..kerana CINTA Ilahi belum dapat di gapai….Cinta antara Manusia…hanya Allah yang tahu…..
Semoga kita di kurniakan rasa CINTA yang suci…sesuci CINTA yang ada di hati anak-anak kecil ini…..Insyallah…..

From Iris to your Heart

1 comment:

  1. Semoga apa yang kita doakan untuk anak-anak akan mendapat keberkataan dalam kehidupan mereka..Amin

    ReplyDelete