"Dengan CINTA kenal Pencipta
Dengan CINTA kenal Rasulnya
Kerana CINTA kenal Saudara"
Assalamualaikum....
Permulaan hari yang Indah...walaupun berkabus...namun Matahari tidak malu untuk menunjukan sinarnya...walaupun..tiada kucupan hangat dipipi...Namum, indahnya, masih bisa dijamu oleh mata ....Alhamdulillah...Jumaat hadir lagi....masih ada nafas untuk bersujud syukur kepada mu ya Rabbi....
Matahari sejengkal di langit bertemankan Kabus pagi.....Indahnya Ciptaan Allah
Seperti pagi yang sebelumnya.....Iringi radio yang sentiasa "Hangat" menemani perjalanan...Hari ni....tajuk perbualan..... "Aku Cinta dia kerana........."...
Tanpa sedar....senyuman terukir...mengimbas kenangan 16 tahun lalu....senyuman yang masih berbekas di hati ini hingga kini...... Dengan pantas terfikir....Iris CINTA hubby kerana apa yer????
Hampir separuh perjalanan......pedal minyak makin kuat di tekan...meter menunjukan hampir ke 110km/j....Namun, hati tiada jawapan........ yang pasti...
"Iris mencintai Sayang...kerana Sayang sentiasa Sayangkan Iris"
Tidak perlu sebab lain... kerana fizikal dan sikap bisa berubah di bawa arus masa......
Nasihat Iris.....yang agak cetek Ilmu ini.... kepada pembaca yang belum menemui CINTA.....
" Carilah CINTA Allah dan Rasul...nescaya CINTA Manusia akan datang kepada mu dengan sendiri.....Sesungguhnya Allah telah menetapkan Jodoh mu.....dan yang bakal hadir, adalah yang TERBAIK untuk mu..."
From Iris...to your Heart

