Sebingkis pesanan......
Disebutkan di dalam sebuah hadith yang ertinya;
“Seorang mukmin bagaikan pohon yang kuat, yang tahan ditiup angin ke kanan dan ke kiri.”
Seorang yang bijak itu ibarat air, yang tidak berbenturan dengan batu karang namun menggenanginya dari sebelah kanan dan kiri, dari atas dan bawah.
Di dalam sebuah hadith lagi disebutkan yang bermaksud;
“Orang Mukmin bagaikan unta yang dicucuk hidungnya. Sekiranya ia disuruh duduk di atas tanah yang berbatu, nescaya ia akan menurutnya.”
Pengajaran:
1. Kelembutan merupakan sebahagian daripada ciri-ciri seorang mukmin.
2. Kelembutan juga menampakkan kebijaksanaan seorang manusia.
3. Kelembutan itu perlu untuk mengelakkan diri daripada sifat marah.
4. Iman akan hilang ketika kita melepaskan kemarahan.


No comments:
Post a Comment